Ifa Raziah Pengasas dan Pengerusi Persatuan Bintang Dangdut Malaysia

Memiliki penampilan yang menarik dan berbakat besar dalam seni hiburan, Ifa Raziah kini sudah dilamar menjadi artis di bawah label Sony Music.

Menurutnya, lamaran itu adalah kerana dia mempunyai identiti tersendiri iaitu kemampuan menyanyikan lagu-lagu dangdut.

“Syukur alhamdulillah saya kini menjadi artis di bawah label Sony Music dan secara tidak langsung saya merupakan artis satu-satunya yang membawakan lagu-lagu rentak dangdut sahaja.

“Bagaimanapun saya masih menantikan lagu yang sesuai dengan saya. Bukan belum dapat tapi lagu-lagu yang diberikan sebelum ini tidak kena dengan cita rasa saya.

“Apabila sudah dapat nanti saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya teruja.

Menariknya, tidak semata-mata mahukan rentak dangdut sahaja namun lagu tersebut mestilah mempunyai susun atur melodi dangdut yang terbaru.

Sementara itu, selaku pengerusi Persatuan Bintang Dangdut Malaysia (PBDM), Ifa berharap pada tahun ini akan dapat merancakkan lagi dunia seni muzik dengan lagu-lagu rentak dangdut.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kewujudan penyanyi dangdut ini ramai. Jadi tujuan penubuhan PBDM adalah untuk menyemarakan lagi dunia seni muzik dengan lagu-lagu dangdut.

“Antara 18 penyanyi dangdut yang turut menyertai PBDM ini seperti Amelina, Haiza, Sheeda dan ramai lagi. Saya berharap agar irama dan dangdut akan terus diperjuangkan,” terangnya ketika ditemui semalam.

Tambah Ifa, badan tersebut terbuka kepada sesiapa yang mahu menaja dan ia akan disalurkan kepada badan pertubuhan ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti nanti.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post