‘Kau Aku Kita’ Menang Besar Di Anugerah DFKL 2016

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) yang belangsung baru-baru ini di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 19 Mac, telah menobatkan drama terbitan JS Pictures ‘Kau Aku Kita’ sebagai Drama Pilihan.

Acara berprestij itu turut menobatkan dua bintang terkenal iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick sebagai Aktor dan Aktres serta Pasangan Pilihan menerusi lakonan drama ‘Kau Aku Kita’.

Baca: Janna Nick Lancar Single Pertama - Akui Bukan Tamak

Sementara itu, selaku pengarah drama ‘ Kau Aku Kita’  Azman Hj. Yahya atau Jinggo menang bagi kategori Pengarah Pilihan dan Rehal Nuharis untuk kategori Skrip Pilihan.

Baca: Syahrul Ridzwan Belum Layak Disamakan Dengan Aaron Aziz

Tahniah Media Hiburan ucapkan kepada semua pemenang dan semoga terus maju serta dapat menghasilkan karya-karya seumpama ini.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah DFKL 2016:

Drama Pilihan: Kau Aku Kita
Aktor Pilihan: Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)
Aktres Pilihan: Janna Nick (Kau Aku Kita)
Pengarah Pilihan: Azman Hj. Yahya (Kau Aku Kita)
Pasangan Pilihan: Janna Nick & Saharul Ridzwan (Kau Aku Kita)
Skrip Pilihan: Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)
Lagu/ Ost Pilihan: Mungkin Kamu (Sissy Iman - Ost Eksperimen Cinta)
Antagonis Pilihan: Ruhainies (Hello Mr Perfect)
Drama Pendek Pilihan: Kembara Si Kecil (Muhammad Firdhaus Rahmat)

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post