Kawan Baik Tawar Hulk Hogan Untuk Tiduri Isterinya

Lakukan Seks Dengan Isteri Orang, Hulk Hogan Dirakam | Dapat pampasan selepas video seks dengan isteri orang tersebar | ST PETERSBURG: Juri mengarahkan laman berita dan hiburan, Gamker membayar pampasan kepada bintang sukan gusti, Hulk Hogan sebanyak AS$115 juta (RM465.87 juta), kerana memuat naik satu rakaman beliau melakukan hubungan seks yang diperoleh secara rahsia.

Juri enam orang itu mencapai keputusan berkenaan yang memihak kepada Hogan selepas enam jam membuat keputusan selepas perbicaraan awam selama enam minggu di Florida. Hogan, 62, berhujah bahawa rakaman itu beliau dilihat melakukan hubungan seks dengan isteri kepada seorang rakannya, mengganggu privasi beliau dan amat memalukan.

Kawan Baik Tawar Hulk Hogan Untuk Tiduri Isterinya

Peguam Hogan berkata, video itu ditonton sebanyak tujuh juta kali. Hogan yang kini sudah bersara adalah salah seorang ahli gusti hiburan terkemuka Amerika Syarikat. Nama sebanar beliau adalah Terry Bollea dan dikenali dengan gaya memakai sapu tangan mengikat kepala dan mempunyai misai unik.

Rakaman seks itu adalah sepanjang satu minit dan 41 saat. Ketika perbicaraan, Hogan berhujah bahawa seorang rakan yang juga personaliti radio Bubba "the Love Spange" Clem mempunyai "perkahwinan terbuka" dan mahu isterinya mengadakan hubungan seks dengan Hogan.

Selepas beberapa kali melakukan permohonan jujur, Hogan berkata, beliau akhirnya bersetuju tanpa menyedari bahawa hubungan seks itu dirakamkan secara rahsia. - AFP

Post a Comment

Previous Post Next Post