PENYANYI nombor satu dan tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, 37, akui tidak kecewa dengan kemenangan Ayda Jebat dalam anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) yang lalu.
Malah kemenangan Ayda pada malam itu diterima positif olehnya. Menurut Siti, kemenangan pada malam tersebut adalah kerana undian peminat dan bukannya keputusan juri professional.
Bagi Siti, anugerah tersebut berbeza dengan Anugerah Industri Muzik (AIM), kerana AIM merupakan satu anugerah yang melibatkan tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Malah para juri terdiri daripada ketiga-tiga negara berbeza pula dengan anugerah pada malam itu, kemenangan diraih adalah berdasarkan undian peminat.
Menurut sumber dari sebuah portal hiburan, Siti tidak kecewa dengan keputusan itu malah menerima baik akan keputusan itu, namun sebaliknya jika di Anugerah Industri Muzik.
Anugerah tersebut adalah bertujuan untuk mendekatkan peminat dengan artis pujaannya dan sebagai penghargaan para peminat mengundi artis pujaan mereka di dalam setiap kategori yang tercalon.
Menurusi kategori Penyanyi MeleTOP itu, Ayda bukan sahaja menewaskan penyanyi bersuara lunak tersebut malah turut mengalahkan Akim Ahmad.
Bagaimanapun kemenangan Ayda Jebat pada malam itu telah mendapat respon daripada netizen dan peminat Siti yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Antara komen-komen yang memenuhi timeline Twitter pada malam itu:
Bagi Siti, dia tidak mahu mengulas mengenai keputusan tersebut dan mengerti apa yang peminat-peminatnya rasa setelah berhempas pulas mengundi tetapi keputusan tidak seperti yang diharapkan.
Bukan sahaja netizen dan peminat Siti yang mempertikaikan pemenang-pemenang pada malam itu. Terdapat juga dalam kalangan artis yang menyuarakan pandangan sinis terhadap para pemenang.
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih. |