Siapa Sangka Gelandangan Ini Adalah Anak Pensyarah Dan Doktor

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

Akibat terjebak dalam kancah dadah, dirinya kini menjadi salah seorang dari ribuan gelandangan di tengah ibu kota yang masing-masing menyimpan pelbagai kisah suka dan duka.

Tidak diduga kehidupannya perlu dihabiskan di kaki lima, Panjang (bukan nama sebenar), 25, pasrah dengan nasib yang diterimanya.

“Ini semua berlaku sebab saya buat jahat. Saya hisap dadah dan akhirnya keluarga tak mahu terima saya.

“Kesudahannya, di sinilah tempat saya,” kata panjang tersengih ketika dia ditemuramah oleh portal mStar Online.

Panjang yang berasal dari Sabah ditemui di kaki lima sebuah bank di ibu negara pada 12.30 pagi; ketika warga kota sedang lena diulit mimpi.

Ketika ditemui, Panjang dan rakan-rakannya baru sahaja mengambil beberapa keping kotak yang diberikan oleh NGO kepada kumpulan gelandangan di situ.

Terlihat dari raut wajah Panjang kegembiraan apabila menerima kota-kotak itu seperti menerima tilam baharu untuk mengganti tempat tidur lamanya.

“Saya ada tilam sendiri, kotak ini saya buat alas. Untuk bantal saya guna beg sahaja,” katanya ringkas.

Panjang turut menceritakan kisah hidup lamanya yang dahulu pernah hidup bahagia bersama keluarga yang kini turut menetap di Kuala Lumpur.

“Saya pernah pergi London, melancong ke Eropah dengan mereka. Saya pernahlah merasa apa itu bahagia,” katanya.

Panjang dengan perasaan bangga memberitahu ibu bapa dan ahli keluarganya terdiri dari orang yang baik-baik dan berpelajaran tinggi.

“Ayah saya seorang pensyarah, emak saya doktor gigi dan kakak saya seorang model.

“Jadi saya fahamlah kenapa mereka marah sangat dengan saya. Mana tidaknya, dulu saya ambil dadah, sekarang saya hidu gam pula dan jadi gelandangan. Sudah tentu mereka tak dapat terima saya,” katanya.

Episod hitam kehidupan Panjang bermula apabila dia terjebak dengan najis dadah apabila tamat sekolah. Hidupnya lebih tertekan apabila neneknya meninggal dunia pada waktu yang sama.

Tambah Panjang, sejak enam tahun dia menjadi gelandangan, enam tahun juga lah tidak tidak beraya bersama keluarga. Namun dia ada menghubungi ibunya menerusi telefon apabila terbit rasa rindu.

“Saya tak telefon mak selalu sebab kalau saya telefon, mak akan fikir saya mesti nak minta duit. Memang saya pernah dua-tiga kali telefon mak untuk minta duit.

“Bukan saya tak sayang mereka, saya rindu sangat dengan mereka tapi bila tengok keadaan saya macam ni, saya jadi malas nak balik semula ke rumah, apatah lagi menyusahkan mereka,” tambahnya meluahkan perasaannya.


Mencerita mengenai rutin hariannya pula, Panjang berkata tidak banyak yang boleh dilakukan olehnya kerana mengalami sakit tulang belakang sejak tahun pertama hidup sebagai gelandangan.

Panjang berkata, apabila matahari terbit, dia akan berpindah ke tempat tidur lain berdekatan dengan kawasan sungai di ibu kota dan apabila menjelang waktu petang, dia akan keluar mencari sedikit wang dan makanan.

Menurut Panjang, disebabkan sakit ini juga, dia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan untuk mendapatkan wang melainkan meminta sedekah.

“Saya boleh cakap ‘English’, jadi saya banyak minta duit daripada pelancong-pelancong asing.

“Waktu siang saya banyak habiskan masa di kafe siber, ‘layan’ Facebook. Bila malam saya cari ‘port’ tidur yang sesuai. Bab makan saya tak risau sebab hampir setiap malam ada sahaja yang sedekahkan makanan, ubat-ubat, barang mandian dan macam macam lagi. Malam ini saya dan rakan-rakan juga diberi kotak dan ubat nyamuk,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia pernah terfikir untuk hidup bahagian seperti dulu, Panjang cuma tersenyum.

Ditanya pula sama ada dia mahu berpindah ke tempat lebih selesa iaitu di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Panjang turut memberikan reaksi yang sama.

“Susah nak cakap. Dulu memang saya bahagia, tapi macam sekarang (hidup) pun OK, tak banyak tekanan.

“Lagipun sekarang saya dah ada ‘girlfriend’. Dia pun sama macam saya tak ada rumah. Tengoklah, mungkin saya akan jadikan dia isteri saya tak lama lagi,” katanya yang merujuk kepada seorang wanita 23 tahun dari Sarawak yang dikenali tiga bulan lalu.


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post