Lelaki Disaman Gara-Gara Berniaga Depan Rumah

Berniaga Depan Rumah Pun Kena Saman? | Laman Facebook KBTA, memuat naik gambar perniagaan kecil-kecilan seorang lelaki diserbu oleh pihak berkuasa tempatan, 16 Mac lalu viral di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Difahamkan, peniaga terbabit disaman oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat aduan daripada jiran berhampiran. Bagaimanapun, lokasi tempat tidak dinyatakan. 

Sementara itu di media sosial pula, netizen tanpa sebarang usul periksa terus menuduh pihak berkuasa tempatan bersikap berat sebelah terhadap peniaga Melayu lapor Pixelperfext.

Lelaki Disaman Gara-Gara Berniaga Depan Rumah

"Meniaga depan rumah sendiri, cepat saja kena saman. Belum sejuk lauk dah kena serbu. Kalau yang lain-lain tu, lambat saja serbu. Siap buat tak nampak lagi. Kenapa? Depa tak bagi duit kopi ke?" kata Aron Salem

Namun, orang ramai perlu faham bahawa anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas. 

"Jika ada aduan/laporan, anggota PBT akan turun padang dan ambil tindakan. Itu pun kena hentam. Kalau tak turun padang, pun kena hentam," kata Encik Na. 

Menurut Siti Rohani pula, dia pernah disaman oleh PBT beberapa kali. Namun, apabila dia cuba memohon lesen perniagaan, pihak PBT pula mengatakan sebarang permohonan lesen perniagaan dibekukan. 

"Dah kena saman berkali-kali. Bila kita mohon lesen, dia (PBT) kata dibekukan. Jadi, siapa yang menyusahkan siapa sebenarnya?" katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post