Cara Terbaik Sekiranya Anda Mahu Pinjamkan Duit Kepada Orang

"Nak Pinjamkan Duit, Biar Ada Cagaran!" | Ada seorang lelaki yang bekerja part time sebagai office boy di tempat saya ingin meminjam duit RM200. Katanya nak memperbaharui cukai jalan dan insuran motosikalnya. 

Kisah ini kami kongsikan menerusi Facebook Salkukhairi Abd Sukor.

Cara Terbaik Sekiranya Anda Mahu Pinjamkan Duit Kepada Orang

Lalu saya bertanya pada dia, "Apa benda yang kau boleh bagi aku sebagai cagaran?" 

Dia pun bersetuju memberi dua pasang kasut yang dia baru beli, katanya. 

Selepas dia memberikan dua pasang kasut itu sebagai cagaran, saya pun berikanlah duit RM200 kepada dia dan meminta dia menandatangani satu perjanjian ringkas. Dia berjanji akan membayar RM200 itu semula pada hujung bulan nanti. 

Selepas dua minggu, saya cuba menghubungi dan menghantar mesej kepada dia, namun tidak dijawab. Batang hidungnya langsung tak nampak di office. Tunggu sampai hujung bulan, hutang tak dibayar juga. 

Maka secara rasminya, kasut itu menjadi milik saya. Daripada tak dapat apa-apa langsung, ada juga kasut sebagai cagaran. Bolehlah pakai untuk jalan-jalan dan pergi jogging. Nak ambil tindakan mahkamah? Tak berbaloi. Dapat kasut dua pasang pun jadilah, tak adalah rugi sangat. 

Jadi pesan saya kepada semua, kalau nak bagi pinjam duit pada orang walaupun kita kenal dan baik sekalipun dengan orang itu, biarlah ada cagaran dan ada perjanjian. Kalau dia tak bayar, ambillah saja barang cagaran tersebut. Ianya sah dari segi undang-undang dan hukum syarak. Gunakan tanpa rasa was-was.

Post a Comment

Previous Post Next Post