Lelaki Ditangkap, Disyaki Mahu Cabul Murid Sekolah Agama

a (1)

TIGA gambar memaparkan lelaki didakwa cuba mencabul murid di Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam kini tersebar di media sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.


Suspek dikatakan berjaya ditangkap selepas mendapat aduan daripada guru apabila tandas didapati dikunci dari dalam, semalam.
Kisah penuh tidak disertakan bersama gambar begitu juga sebarang laporan polis, namun terdapat pengguna Facebook mendakwa pekerja kantin sekolah terbabit ada melihat kelibat suspek sebelum dia ditahan.
sra3
Memandangkan suspek tidak dikenali maka pekerja itu bertanya apa yang dibuatnya di sekolah lalu dijawab “nak cabul”.
Suspek dikatakan menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna cokelat dan tinggal di kawasan perumahan berhampiran.
sra
Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung kejadian ini.
Apa-apa pun, mungkin ini adalah peringatan kepada pihak terlibat supaya tidak memandang enteng aspek keselamatan murid ketika di sekolah. Jangan sampai nasi dah jadi bubur.. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post