Lisa & Yusry Akan Kongsi Gambar Anak Bila Perlu

Dua bintang yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan iaitu Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim kini sudah pun bergelar ibu bapa dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yahaira Leanne.

Yahaira kini berusia enam bulan dan empat hari.

Selepas bersalin pada 15 september tahun lalu, ramai netizen yang tidak berpuas hati untuk melihat lebih lagi wajah anak kepada dua pasangan bahagia ini.

Menurut Lisa dan Yusry, mereka akan berkongsi gambar anak mereka apabila perlu sahaja.

“Kami tiada kata putus untuk tidak mendedahkan wajah anak namun kami akan kongsikan bila perlu sahaja. Contohnya macam kalau hari jadi tahun pertama, rasa nak muat naik kami buatlah,” ujar Yusry.

Berkongsi perkara itu,  mereka yang bertindak sebagai hos dalam rancangan terbaru Astro iaitu eBu Babypedia menerusi saluran Astro Ria 104, berkata, program baru ini merupakan idea mereka berdua ketika dilamar Astro untuk mewujudkan segmen tersebut.

“Ketika kami dihubungi pihak Astro untuk segmen eBu Babypedia. Kami menyatakan idea berkonsepkan menerokai dunia keibubapaan. Contoh soalan-soalan lazim antaranya seperti pantang larang selepas bersalin dan pantang larang untuk bayi yang baru lahir. Sekali gus perkara ini akan menjadikan rujukan kepada mereka yang pertama kali bergelar ibu dan bapa.

“Memandangkan kami juga pertama kali bergelar ibu dan bapa. Jadi menerusi pengalaman selama enam bulan yang lalu, banyak fakta dan soalan lazim turut terjadi kepada diri kami. Sebab itulah kami bersetuju untuk terima tawaran daripada pihak Astro agar kami dapat membantu ibu bapa diluar sana,” jelas Lisa lagi.

Sementara itu, dalam rancangan terbaru ini turut menampilkan dua bintang terkenal antaranya seperti Jihan Muse dan Bell Ngasri bagi memeriahkan lagi program eBu Babypedia.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post