OMG, Budak Lelaki Selamba Bangun Lepas Digilis Van

SATU video mengejutkan di mana seorang budak berusia empat tahun dirakam dilanggar dan digilis oleh van di wilayah Nanjing, China telah menjadi viral.

Apa yang mengejutkan, selepas dilanggar budak itu bangkit semula seolah-olah tiada apa yang berlaku terhadapnya, lapor portal Shanghaiist.
kid2
kid3
Menurut portal Sina pula, kejadian berlaku pada 9 Mac lalu dan budak terbabit hanya mengalami cedera ringan di bahagian kepala ekoran kejadian itu.
Pemandu van berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya malah berlalu pergi tanpa mempedulikan budak yang telah dilanggarnya.  Polis dilaporkan masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden tersebut.
kid4
kid5
kid6
Apabila keluar cerita berkaitan kanak-kanak dilanggar di China, pasti ramai terimbau kisah tragik kanak-kanak bernama Yue Yue yang berlaku pada Oktober 2010 di lembah Foshan, China.
Kanak-kanak malang itu ditinggalkan terbaring atas jalan setelah digilis oleh van sebanyak dua kali.
Kejadian tragik itu disaksikan 18 pejalan kaki yang melalui jalan tersebut, namun tidak ada sesiapa yang membantu hinggalah seorang wanita pemungut sampah melihat budak itu dan meminta pertolongan.
Yue Yue dihantar ke hospital namun meninggal dunia dunia lapan hari kemudian.  – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post