Penduduk Alami Petanda Menyeramkan Sebelum Berlaku Nahas


PASIR GUDANG - Penduduk di Rumah Pangsa Rosmerah di pinggir Lebuhraya Pasir Gudang berkata mereka sudah biasa dengan petanda-petanda yang menyeramkan setiap kali akan berlaku kemalangan maut di lebuh raya terbabit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penduduk, Mohd Fauzi Mokhtar, penduduk di sini bukan sahaja akan mendengar bunyi pelik, malah turut menyaksikan sesuatu yang menyeramkan kurang tiga hari sebelum berlaku kemalangan maut sejak lebih kurang 15 tahun menghuni rumah pangsa tersebut.

Malah, kini penduduk sudah lali setiap kali berlaku kemalangan di lebuh raya itu yang hanya terpisah kurang 20 meter dari rumah pangsa tersebut.

Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada tiga hingga empat kes kemalangan yang berlaku di lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami ni, setiap bulan pula pasti ada yang maut.

Malah kami diberi tanda yang pelik dan menyeramkan seperti terdengar suara mengilai serta ada 'benda' tergantung di dahan pokok besar sepanjang lebuh raya berhampiran dengan kediaman kami.

Jika menyaksikan sesuatu yang aneh tu, kami dah tahu pasti ada kemalangan maut yang akan berlaku dalam masa terdekat dan biasanya kurang tiga hari kemudian akan ada yang menjadi korban,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Lembaga Putih

Menurut Samsidah Moharam, 53, anaknya yang berusia 19 tahun pernah menyaksikan ada lembaga putih yang kelihatan seolah-olah seekor burung besar sedang merangkak turun dari pokok di tepi lebuh raya dua tahun lalu.

Dua hari anak saya demam tak kebah kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu dan beberapa hari kemudian memang benar seperti jangkaan kami ada yang terkorban dalam kemalangan.

Walaupun kami dah biasa dengar bunyi tayar selepas dibrek kecemasan tak kira waktu siang atau malam, perasaan seram itu tetap ada,” katanya.

Tambah Samsidah lagi, sebelum itu dia hanya mendengar dari jiran yang menceritakan bahawa pernah terserempak dengan lembaga orang tua memimpin anak yang tiba-tiba hilang di tepi lebuh raya terbabit.

Lihat kereta melayang

Abd. Kadir Yusuf, 65, pula menceritakan dia pernah melihat kejadian aneh apabila kereta melayang sehingga tersangkut di cela pokok besar yang bercabang di tepi lebuh raya.

Sebelum lebuh raya ini siap dinaik taraf, memang ada banyak pokok besar di pinggir lebuh raya ini, apabila waktu malam memang kelihatan agak menyeramkan.

Penduduk memang akan berlari cuba menghulurkan bantuan setiap kali terdengar kemalangan, tapi apabila menyaksikan keadaan mangsa yang terputus kepala kadang-kala badi mayat terkena pada kita,” katanya

Bagi Abu Hashim Abd Manaf pula, pusingan U di lebuh raya tersebut berisiko mengancam keselamatan penduduk kerana menjadi punca beberapa kejadian enderaan terjunam ke bawah.

Tambah beliau, penduduk rumah pangsa itu kerap mengadakan majlis agama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku

Kita minta pihak bertanggungjawab memasang tembok di pinggir lebuh raya berhampiran kediaman penduduk kerana beberapa kejadian membabitkan kereta terjunam ke bawah kediaman kami sangat membimbangkan.

Kita kerap mengadakan majlis agama mohon perlindungan daripada ALLAH SWT terutama mengelak gangguan makhluk halus dan keselamatan kepada pengguna lebuh raya Pasir Gudang,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post