Nasihat Lelaki Kepada Pasangan Pengantin 18 Tahun dan 62 Tahun Buat Pengkritik Sentap | Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial dengan beberapa gambar yang tersebar menunjukkan seorang remaja berumur 18 tahun telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 62 tahun.
Sekaligus perkahwinan yang dibina antara kedua pasangan ini menjadi bahan lawak jenaka hebat dalam kalangan netizen. Ada yang mempertikaikan, ada yang mengkritik malah tidak kurang juga ada yang mendoakan yang baik-baik buat kedua pasangan ini.
Disebalik kritikan yang dilemparkan, tampil seorang individu ini menerusi laman Facebook Mufarwa Farid membidas segala komen negatif yang dilemparkan terhadap pasangan pengantin itu.
Kebanyakan orang kita suka sexualize kan isu tentang perkahwinan.
Terpampang gambar lelaki berusia kahwin dengan perempuan muda, akan ternampaklah kita dengan komen-komen:
"Uih pak cik. Boleh lagi ke tu? Jangan layu cepat sangat."
"Bestnya pak cik ni dapat layan madu segar setiap hari. Terbaik dari ladang kot."
"Kesian budak ni. Dapat batang dah tua."
Gila betul masyarakat kita. Betul-betul gila. Tulis kat public macam orang takde agama. Kalau aku jadi pengantin tu, mesti aku akan sumpah orang-orang macam ni mati cepat. Sebab apa? Sebab otak blue tak terkawal, dan bersembang benda yang memalukan aku dan pasangan aku.
Ingat kahwin ni pasal toron je ke? Ingat kahwin ni hari-hari mau main ke? Fikir kahwin, mesti nak fikir jolok. Ubah sikit mentaliti tu. Perkahwinan lebih luas daripada itu. Persoalan tentang seks itu adalah persoalan yang amat memalukan, yang perlu dibincang secara tertutup. Apatah lagi kalau orang lain pula yang 'bincang' sama, ia secara tak langsung dah memalukan pasangan tersebut.
Suatu hari nanti, kau akan sedar bahawa benda yang mengguriskan hati tidak perlu diperkatakan secara awam. Kasihanlah budak perempuan itu. Belum apa-apa lagi, satu negara malukan dia. Belum lagi disentuh oleh suami, tetapi dia sudah 'disentuh' oleh lelaki gatal berfikiran merapu.
Just because you could, doesn't mean you should.
Tags:
mazeer