Pengorbanan Seorang Gadis Berkahwin Dengan Orang Tua Demi Melangsaikan Hutang Bapanya

Kisah Benar: “Aku Rela Menikahinya Agar Ayah Tidak Dipenjara” | Kisah ini diambil dari kisah kehidupan nyata, dituliskan kembali di sini tidak lain tidak bukan agar boleh diambil iktibar dan pengajaran darinya.

Seorang lelaki tua yang tinggal di Al-Qassim Saudi Arabia terhimpit hutang yang tidak sedikit jumlahnya, di mana orang yang memeberi hutang adalah seorang pedagang kaya yang juga sudah berumur. Pemilik piutang tersebut sudah beberapa kali meminta kepada lelaki tua tersebut untuk mengembalikan hutangnya kerana memang sudah melebihi jatuh tempoh dan sudah ditangguhkan beberapa kali agar mengembalikan hutangnya akan tetapi dia tidak juga dapat mengembalikannya.

Jatuhlah pada pilihan yang diberikan oleh orang yang memberi hutang.. Kalau tidak membayar hutangnya maka dia harus masuk penjara.. Dan ternyata pedagang tadi tahu juga bahawa lelaki tua tadi memiliki dua orang anak gadis, yang pertama berumur 20 tahun dan yang kedua berumur kurang lebih 17 atau 18 tahun. Sehingga dia memberikan pilihan ketiga iaitu kalau dia mau menikahkan salah satu puterinya dengannya maka hutang di anggap lunas dan terbebas dari jeruji penjara.

Pengorbanan Seorang Gadis Berkahwin Dengan Orang Tua Demi Melangsaikan Hutang Bapanya
Gambar hiasan.

Maka lelaki tua itu pun terdiam beberapa waktu… lalu dia pun mengatakan saya harus bertanya kepada mereka terlebih dahulu adakah mereka bersedia ataupun tidak. Maka setelah lelaki tua tersebut menceritakan hal ihwalnya kepada anak-anaknya maka puteri pertamanya pun menolak dengan mengatakan saya tidak bersedia menikah dengannya, saya tidak mau menghabiskan hidup saya bersama suami yang sudah berumur…kata puteri pertamanya. Maka mendengar hal itu puterinya yang kedua pun menyapa SAYA BERSEDIA MENIKAH DENGANNYA AGAR AYAH TIDAK MASUK PENJARA DAN TERBEBAS  DARI HUTANG…

Setelah dia menyampaikan kepada pemilik piutang tersebut bahawa puteri pertamanya tidak bersedia menikah dengannya, akan tetapi puteri keduanya yang bersedia… Maka pedagang itu mengatakan.. itu lebih bagus… kalau begitu kamu telah bebas dari hutangmu katanya…

Maka akhirnya, telah disepakati waktu dan tempatnya untuk bernikah iaitu pada malam Jumaat. Di antara kebiasaan sebahagian orang Arab (sebatas sepengetahuan penulis) bahawa orang yang menikah setelah akad nikah tidak terus tinggal satu bilik atau satu rumah bersama isteri barunya. Demikian pula dengan pedagang yang sudah berumur ini. Dia tidak langsung tidur bersama dan berhubungan suami isteri dengan isteri barunya tersebut. Dan dia mengatakan kepada mertua barunya bahawa dia akan pergi ke luar negeri (dalam kisah disebutkan pergi ke Jerman) untuk suatu urusan dagangnya, dan dia menjanjikan setelah satu pekan dia akan pulang dan akan berkumpul dengan isterinya.

Akan tetapi qaddarallah (Allah mentakdirkan) bahawa pedagang tersebut sakit dan akhirnya dia meninggal di luar negeri. Akhirnya isteri yang ditinggalkan yang belum disetubuhi tersebut mewarisi hartanya yang melimpah… Sehingga dia pun mendapatkan dua kebaikan sekaligus. Ayahnya terbebas dari hutang dan penjara, dirinya pun mendapatkan harta warisan jutaan riyal dari harta peninggalan suaminya tersebut. Dan penyesalan yang dialami oleh puteri pertamanya dengan mengatakan… Wah kenapa saya dulu menolak untuk bernikah dengannya…?

Niat yang tulus akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda. Subhanallah, Allahu Akbar.. Buah dari redha orang tua, kebahagiaan dunia dan akhirat pasti akan diraih oleh siapapun yang ikhlas berbakti pada kedua orang tuanya.

Diceritakan oleh DR. Sami bin Muhammad As-Suqair di majlis ilmunya di Jami’ Unaizah. Di mana di akhir kisah ini beliau mengatakan ini adalah kisah nyata yang saya melihat sendiri orangnya, Semoga boleh kita ambil iktibar dan hikmahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post