Search & AFJETSS Ambil Inisiatif Untuk Konsert 35 Tahun

Umum sudah pun mengetahui bahawa konsert Search 35 tahun ditangguhkan atas sebab faktor persekitaran Stadium Merdeka sebagai lokasi konsert tersebut diadakan tidak berapa selamat.   
 
Menurut pihak penganjur, keadaan persekitaran Stadium Merdeka sekarang sesak dengan proses pembikinan sebuah projek bangunan Menara Merdeka. Selain itu, banyak laluan masuk ke kawasan berkenaan sudah ditutup.
 
Oleh itu, tarikh baru konsert Search 35 tahun akan diadakan pada 30 Ogos depan.
 
Baca: SEARCH & PENGANJUR MOHON MAAF: KONSERT SEARCH 35 DITANGGUHKAN
 
"Sebagai penganjur kami mengambil langkah 'sediakan payung sebelum hujan'. Sebaik menerima notis mengenai projek pembikinan bangunan di kawasan itu kami terpaksa menunda tarikh yang lebih sesuai sementara projek berkenaan siap dibina.
 
"Sekiranya projek tersebut tidak siap dalam tempoh terdekat kami terpaksa mencari lokasi baru dan kami akan maklumkan secepat mungkin," ujarnya ketika ditemui.
 
Sementara itu vokalis kumpulan Search, Amy melihat perkara ini dari sudut positif.
 
"30 Ogos sebagai tarikh baru sebenarnya mempunyai keistimewaannya. Hari berikut merupakan ambang kemerdekaan sekali gus menyambut konsert Search 35 tahun. Jadi secara tidak langsung ia akan menjadikan konsert itu nanti sebagai 'double celebration.
 
Baca: KONSERT SEARCH DAPAT TAJAAN RM2 JUTA
 
"Walaupun pada awalnya kami sepakat untuk menjadikan Stadium Merdeka sebagai pilihan utama namun kita tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya projek Menara belum siap. Saya berharap dalam tempoh lima bulan projek berkenaan akan selesai," jelasnya.
 
Dalam perkembangan lain, mereka yang sudah membeli tiket terdahulu akan mendapat sekeping tiket percuma sebagai imbuhan istimewa dan penghargaan buat mereka. Selain itu, Search turut menampilkan artis undangan yang diterbangkan khas dari Jepun, Akira Takasaki kumpulan hebat Loudness.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post