TERSINGKIR, ARIP MINTA PEMINAT TAK SALAHKAN OGY

Juara Kilauan Emas (KE) musim keempat, Arip meminta para peminatnya berhenti menyalahkan juri jemputan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) selepas tersingkir di konsert ketiga KE Otai.

Arip ketika ditemui Astro Gempak berkata, sebaik sahaja diumumkan tersingkir, akaun media sosialnya dihujani pelbagai komen termasuk menyalahkan Ogy kerana memberi komen yang agak 'pedas'.

"Janganlah salahkan Ogy...Saya tersingkir kerana saya tidak menyanyi dengan bagus. Ogy hanya memberikan komen jujur dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai juri.

"Saya sendiri tidak terkesan dengan komen yang diberikan Ogy sebaliknya mengaku apa yang dikatakan oleh Ogy itu, ada kebenarannya," katanya.

Bagaimanapun tambah Arip, dia memohon maaf kepada para penyokongnya kerana gagal meneruskan perjalanannya hingga ke konsert final.

"Saya minta maaf kepada peminat dan penyokong saya kerana terpaksa menghentikan perjuangan saya di minggu ketiga ini.

"Apbila diumumkan tersingkir saya tenang, tapi bila lihat penyokong saya di dalam dewan terdiam, saya rasa sedih.

"Walau apapun saya tidak akan berputus asa dan akan meneruskan kerjaya seni saya demi peminat yang tidak jemu-jemu memberikan semangat kepada saya," ujarnya.

Arip merupakan peserta yang mendapat markah terendah bersama Mior dan Nas sebelum diumumkan tersingkir oleh pengacara KE Otai, Raja Azura.

Kilauan Emas Otai bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras pada setiap Rabu dan boleh ditonton di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 malam.

Untuk melihat video persembahan dan perkembangan lain KE Otai klik di sini Kilauan Emas Otai

Post a Comment

Previous Post Next Post