Boarding Pass Tulisan Tangan Adalah Perkara Biasa | Baru-baru ini, kecoh di media sosial syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air, mengeluarkan boarding pass tulis tangan.
Gambar yang dimuat naik oleh Lau Weng San itu mencetuskan reaksi netizen yang rata-rata mengecamnya kembali lapor Pixelperfext.
"Ini manyak terror punya boarding pass. Tangan tulis punya, manyak lawa punya. Satu dunia talak, hanya Malaysia saja ada," katanya.
Akibatnya, gambar itu tersebar meluas di media sosial sehingga ada yang terpengaruh turut mengambil kesempatan mengkritik Rayani Air.
Respon awal Rayani Air mengatakan sistem mereka mempunyai masalah menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan boarding pass tulis tangan.
Malaysia Airlines, JetStar, United, Malindo Air, Philippine Airlines antara yang pernah mengeluarkan tiket penerbangan tulis tangan.
Rayani Air bernasib baik kerana adanya segelintir netizen tampil mempertahankan mereka dengan berkongsikan gambar-gambar boarding pass yang sama dari syarikat penerbangan yang lain bagi menafikan dakwaan Lau Weng San, kononnya hanya di Malaysia sahaja berbuat demikian.
Perkara itu juga mendapat perhatian dari Kementerian Pengangkutan yang juga meminta penjelasan dari Rayani Air. Kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, penggunaan tiket seumpama itu berbahaya dari faktor keselamatan. Pihaknya juga tidak teragak-agak akan mengantung syarikat terbabit kerana telah banyak menimbulkan masalah pada penumpang.
Bagaimanapun pihak Rayani Air dilaporkan akan berbincang dengan pihak kementerian bagi memperjelaskan secara terperinci akan masalah yang mereka hadapi. Dalam kenyataan Rayani Air semalam juga menyatakan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan boarding pass seperti itu lagi.
Tags:
mazeer