Yakin Sebagai Pengacara Anugerah DFKL, Fattah Amin Terima Lagi 3 Tawaran

Pelakon tampan Fattah Amin yang bakal menjadi pengacara pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (ADFKL 2016) pada Sabtu ini, akur dirinya begitu yakin untuk menggalas tanggungjawab diberikan nanti.

Menurut pelakon 'Hello Mr. Perfect' ini, keyakinan itu datang kerana Fattah sudah menjalani latihan dan pelbagai rujukan daripada rakan artis untuk mengacarakan majlis berskala besar.

"Banyak juga persediaan yang saya buat antaranya seperti merujuk dengan rakan artis yang ada pengalaman dalam bidang pengacaraan. Saya ambil inisiatif sendiri sebab sibuk dengan penggambaran drama.

"Soal gemuruh buat masa ini belum ada lagi. Saya orangnya lain sediki namun bila sudah mula nanti baru akan rasa gemuruh. Insya-Allah saya percaya bila kita sudah buat persediaan, secara tidak langsung keyakinan diri itu akan ada. Lagipun saya tidak berseorangan, di anugerah itu nanti saya akan digandingkan dengan aktres Amyra Rosli dan penyampai radio Hot FM, Fizi," ujarnya ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.

Sementara itu, belum panas lagi pentas ADFKL 2016 Fattah sudah pun menerima tiga lagi tawaran untuk mengacara.

"Mungkin sebelum ini pihak-pihak nampak kebolehan saya sebagai artis undangan menerusi saluran program TV, contohnya di Melodi. Melihat kemampuan berkomunikasi dengan baik mungkin antara faktor mereka memberikan kepercayaan kepada saya.

"Lagipun bidang ini baru pada saya jadi saya mahu cuba. Bila TV3 sudah berikan peluang rezeki seperti ini saya kenalah buat yang terbaik dan yakin. Tambah lagi saya sudah mendapat tiga lagi tawaran untuk jadi hos selepas anugerah ini,"katanya.

Menyentuh dalam perkembangan kerjaya pula, Fattah sekarang sedang menjalani penggambaran drama Gerak Khas 2016 dengan memegang watak sebagai Inspektor Haikal.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post