Makin lama badan makin gemuk. Macam-macam cara diet dah cuba tapi tak berhasil.
Makan dah jaga, bersenam pun dah tapi tak ada kesan apa-apa pun. Apa sebabnya? Mesti ada di antara anda yang mengalami masalah sebegini.
Anda perlu tahu, berat badan meningkat bukan hanya kerana makan banyak atau kurang bersenam je.
Sebenarnya ada sebab pelik yang lain, yang anda sendiri tak sangka jadi punca badan anda gemuk. Jom tengok!
1. KEMURUNGAN
Kajian mendapati, mereka yang sering rasa sedih atau kesunyian akan naik berat badan dengan mudah. Mereka cenderung untuk makan makanan tinggi kandungan kalori dan kurang bersenam.
2. PENGAMBILAN UBAT
Ada ubat yang boleh meningkatkan berat badan seperti pil perancang keluarga dan pil hormon. Ubat migrain pun boleh buatkn berat badan anda naik. Ubat-ubatan ini memberi kesan kepada selera makan atau tahap metabolisme anda.
3. SUSAH NAK ‘MEMBUANG’ PUN JADI PUNCA GEMUK!
Jika anda ke tandas sekali atau dia kali sehari, ia bagus untuk tubuh. Tapi, kalau anda ni jenis susah nak membuang, itu jadi punca anda jadi gemuk!
4. KURANG VITAMIN DALAM BADAN
Jika badan anda kekurangan vitamin D, magnesium atau zat besi, ia akan menggangu kadar metabolisme. Badan anda akan mudah letih dan mengganggu sistem penghadaman.
5. SEMAKIN BERUSIA
Semakin berusia kadar metabolisme tak sehebat ketika umur 20 tahun. Cara untuk kekalkan berat badan ideal, ambil makanan yang sihat dan bersenam untuk membantu metabolisme terus bergerak.
6. SAKIT TUMIT? MESTI RAMAI TAK SANGKA!
Pernah tak anda terfikir, sakit tumit jadi punca peningkatan berat badan? Kajian mendapati, sakit tumit menyebabkan seseorang itu jadi malas bergerak aktif dan menjadikan berat badan meningkat.
Tags:
OMG