8 Cara Terbaik Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

Siapapun anda, pasti anda pernah merasai peritnya perpisahan. Namun, anda pasti mahu membuat bekas kekasih anda menyesal kerana meninggalkan anda. Menerusi Nicknashram.blogspot.my, kami kongsikan kepada anda 8 cara terbaik yang anda boleh lakukan.

1. Untuk menyakitkan hati bila pakwe atau makwe anda minta break, anda cakap kat dia camne "Dah lama saya tunggu peluang ne. Terima kasih banyak-banyak la memudahkan kerja saya." Lepas tu lompat-lompat la sikit nak tunjuk anda gembira (padahal dalam hati sedih giler)

2. Pulangkan semua gambar-gambar ex anda. Letak gambar tu dalam kotak atau pendrive dan jangan lupa campur sekali dengan gambar-gambar lelaki hensem atau awek-awek cun yang lain. Pastu buat short note kat situ"p/s :Awak yang mana satu eh ? sorry la,saya dah lupa. Pilih la sendiri pastu hantar balik kat saya."

3. Bila nampak ex anda berpegangan tangan dengan perempuan atau lelaki lain, sapa lah mereka dan cakap"Eh,awak bukan bf/gf aku dulu ke? lama tak jumpa!". Kalau nak buat dia bengang lagi, cari sorang budak yang nampak rock pastu tegur diorang "Jah, adik kau mintak duit nak makan kat aku. Kau tak kesian ke kat dia?". 

8 Cara Terbaik Buat Bekas Kekasih Anda Menyesal

4. Cubalah bergaya sikit. Kalau dulu masa couple anda pakai selekeh je. Pakai la pakaian kemas nak bagi nampak anda berpelajaran. Baju RM 10 pun kalau anda pandai menggayakannya boleh nampak kacak jugak. Mesti dia menyesal meninggalkan anda.

5. Bila nampak dia online kt FB , Twitter terus post status atau gambar-gambar saat anda bahagia bersama kawan-kawan. Untuk menunjukkan anda boleh hidup bahagia tanpa dia. Kalau la dia dah remove anda, cuba tag gambar anda tengah bahagia tu kat kawan-kawan dia. Mungkin dia akan tengok.

6. Biasanya, selepas clash ex anda akan cuba anggap anda sebagai kawan la konon. Cakap je dekat dia "Saya dah ada sejuta kawan, tak ada awak lebih bahagia hidup saya." Mesti dia bengang.

7. Kalau anda masih belajar lagi, masa ne la nak tunjuk tanpa dia pun anda boleh berjaya. Belajar sunguh-sungguh. Dapat kerja beli keta Ferrari. Pastu lalu tepi dia cakap "Lama tak jumpa awak. Eh, nak pegi mana ne, boleh saya tumpangkan."

8. Anda cari je orang lain yang lebih baik,hensem,cantik,romantik daripada ex bf/gf anda. Kalau dia ternampak saat anda bahagia mesti dia jealous. Padan muka sebab dulu tak appreciate. Dushh!

Apa pun, ne je yang aku nak cakap. Yang lepas lupakan je. Mulakan hidup yang baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post