Gayatri Tegur Zul Ariffin
Penerbit Gayatri, bekas kekasih kepada Zul Ariffin dikatakan telah memberi amaran dan menegur pelakon berbadan sado itu.
Putus di tengah jalan, Zul Ariffin akui bahawa bekas kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai memberi teguran yang membina buat dirinya.
Ini komen Zul:
“Saya akui memang Gayatri ada memberikan amaran kepada saya, tetapi ia lebih kepada peringatan supaya saya menjaga diri dan cuba mengelak daripada menjadi bahan gosip”
“Bukanlah hendak kata, tetapi selepas ini saya tidak lagi bersikap terbuka jika ada yang mahu bertanyakan kisah cinta, tetapi biarlah berpada-pada,”
Bagi Zul Ariffin, jika gosip yang keterlaluan, ianya boleh menganggu apa-apa proses promosi yang sedang dijalankan yang melibatkan dirinya sekaligus merosakkan perjalanan kerjayanya.
Sumber: BH Plus
Tags:
BM