Maut Selepas Cabut Kabel Telefon Bimbit

SEORANG remaja berusia 18 tahun meniggal dunia dalam perjalanan ke hospital setelah terkena renjatan elektrik ketika mencabut telefon bimbitnya di sebuah kafe internet.

Xiong Xuan terbunuh dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Wuhan, China pada Jumaat lalu.

Maut Selepas Cabut Kabel Telefon Bimbit

Menurut adik mangsa yang berada di sebelah Xiong ketika kejadian itu berlaku, abangnya bertindak mencapai telefon bimbitnya sebelum pergi mendapatkan makanan lapor Mynewshub.

“Apabila Xiong cuba untuk menarik kabel itu, dia terkena renjatan elektrik lalu menjerit. Xiong mencuba lagi malangnya kaki Xiong tersentuh paip besi yang berada di bawah meja itu menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” jelas adik mangsa.

Remaja Maut Ketika Cabut Kabel Telefon Bimbit

Tiada yang mampu dilakukan olehnya selain melihat sahaja abangnya jatuh terkulai ke lantai dan mulutnya berbuih.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulans namun disahkan meninggal dalam perjalanan.

Siasatan sedang dijalankan berhubung kemalangan tragis itu dan lesen perniagaan pusat internet itu telah digantung.

Remaja Maut Ketika Cabut Kabel Telefon Bimbit

Remaja Maut Ketika Cabut Kabel Telefon Bimbit

Post a Comment

Previous Post Next Post