Minuman Ini Akan Keluarkan Semua Racun dan Lemak dari Tubuh anda, BERANI CUBA?


Jus segar di bawah ini merupakan minuman yang sempurna untuk memenuhi semua keperluan anda.Minuman manis ini berkhasiat dan mampu memberikan cukup tenaga sepanjang hari. Mengambil jus ini setiap hari, akan membuat anda sihat, membantu detoksifikasi organ tubuh dan mengeluarkan semua racun yang ada di dalam tubuh anda.

Selain itu, minuman ini juga dapat membantu menurunkan berat badan. Tapi ingat, anda juga perlu mengurangkan pengambilan kalori harian kira-kira 500 kalori, jika anda ingin memanfaatkannya untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Untuk itu, kami sudah menyiapkan kombinasi jus terbaik, yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga boleh menambah ais batu dengan perbandingan 2: 1 iaitu, 2 bahagian untuk jus, dan 1 untuk ais.

Kombinasi jus:
  • Epal dan pir
  • Cranberry, anggur dan buah prune.
  • Epal, pir dan nanas
  • Oren dan limau gedang
  • Epal dan tembikai

Jus hijau terbaik:
  • Saderi, bayam, tomato.
  • Timun, daun pasli, saderi dan halia.
  • Seledri, kangkung, tomato, bawah putih dan selasih
  • Saderi, bayam, kubis, dill (jintan sowa) dan lemon.
  • Bayam, tomato, bawang putih, halia dan cili.
Jus gabungan terbaik:
  • Epal hijau, strawberi, timun, kangkung, dan mint
  • Blueberry, raspberry, kubis, timun, dan mint
  • Nanas, tembikai, mangga, dan lada oren
  • Nanas, limau, tembikai, bayam, dan cili cayenne
  • Oren, lemon, limau nipis, dan halia
Apa manfaatnya?
Menggabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi smoothies mempunyai banyak manfaat kesihatan dan memberikan semua nutrisi yang diperlukan tubuh anda agar berfungsi dengan baik.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza akan memberikan manfaat yang berbeza pula.Contohnya, timun merupakan pembersih tubuh yang sangat baik, sementara pasli mempunyai sifat diuretik ringan, sedangkan semangka bertindak sebagai peneutral lebihan asid dan menghilangkan racun dari buah pinggang.

Mengapa harus jus buah segar?
Minum jus segar dan semula jadi akan melatih otak dan tubuh untuk mengambil lebih sedikit makanan dan kalori serta meningkatkan penurunan berat badan. 


Sumber: Healthy Food Team

Post a Comment

Previous Post Next Post