Seorang muslimah pernah bertanya, "Ustadz, bagaimana hukumnya solat berjemaah mengenakan pakaian (bagi laki-laki) atau telekung berwarna (bagi wanita) yang bermotif, misalnya batik, garis-garis, kotak-kotak, polkadot, atau bunga-bunga. Entah itu sebahagian saja (misalnya di bahagian bawah) ataupun kainnya memang full motif.
Memandangkan saat ini banyak ditemui dalam solat berjamaah, seperti dalam solat tarawih atau Ied -terutama di kalangan wanita- yang mengenakan mukena bermotif, demikian juga anak-anak perempuan, baik yang sudah tamyiz dan kanak-kanak kecil, mereka juga memakai telekung-telekung seperti itu.
Memandangkan saat ini banyak ditemui dalam solat berjamaah, seperti dalam solat tarawih atau Ied -terutama di kalangan wanita- yang mengenakan mukena bermotif, demikian juga anak-anak perempuan, baik yang sudah tamyiz dan kanak-kanak kecil, mereka juga memakai telekung-telekung seperti itu.
Sekiranya hal itu dilarang, apakah hukum menjual telekung seperti itu juga menjadi terlarang Ustadz "?
Inilah jawaban dari Ustadz:
Kita boleh memastikan, mukena model seperti ini pasti sangat mengundang perhatian orang. Apalagi jika warnanya cerah, atau warna-warni berkilau. Sementara Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengingatkan kita untuk mengelakkan pakaian yang mengundang perhatian orang. Beliau bersabda:
من لبس ثوب شهرة في الدنيا ألبسه الله ثوب مذلة يوم القيامة
" Siapa yang memakai pakaian syuhrah di dunia, maka Allah akan memberinya pakaian hina pada hari kiamat ." (Ahmad, Abu Daud, Nasai dalam Sunan Al-Kubra, dan dihasankan Al-Arnauth).
Apa Itu Pakaian Syuhrah?
As-Sarkhasi berkata:
والمراد أن لا يلبس نهاية ما يكون من الحسن والجودة في الثياب على وجه يشار إليه بالأصابع, أو يلبس نهاية ما يكون من الثياب الخلق - القديم البالي - على وجه يشار إليه بالأصابع, فإن أحدهما يرجع إلى الإسراف والآخر يرجع إلى التقتير, وخير الأمور أوسطها
"Maksud hadis, seseorang tidak boleh memakai pakaian yang sangat bagus dan indah, sampai mengundang perhatian banyak orang. Atau memakai pakaian yang sangat jelek -lusuh-, sampai mengundang perhatian banyak orang. Yang pertama, sebabnya kerana berlebihan sementara yang kedua kerana menunjukkan sikap terlalu kedekut.Yang terbaik adalah pertengahan. "( Al-Mabsuth , 30: 268)
Kita boleh mengambil kesimpulan dari keterangan di atas, bahawa pakaian yang mengundang perhatian banyak orang termasuk jenis pakaian syuhrah. Kerana itu, dikhuatiri mereka yang memakai telekung warna-warni atau sebagainya, termasuk dalam ancaman hadis di atas.
Sumber: KonsultasiSyariah.com
Tags:
sembangB