SESIAPA yang pernah menonton filem romantis Bollywood, Dilwale gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol, pastinya kagum dengan keindahan alam bumi Iceland dalam video klip lagu Gerua yang ditayangkan dalam filem tersebut.
Tidak hairanlah, ianya menjadi destinasi pilihan pelakon manis Nora Danish untuk membawa keluarganya bercuti termasuklah mengadakan penggambaran jenama tudungnya iaitu OwlbyND di sana.
Antara lokasi penggambaran Dilwale yang dilawati Nora adalah Black Sand Beach, Solheimasandur (tempat bangkai kapal terbang), Skogafoss waterfall, dan banyak lagi
Nora yang kini telah pulang ke tanah air baru-baru ini sudah mula berkongsi gambar percutian dan penggambarannya di sana menerusi laman akaun Instagramnya.
Memang cantik gambar-gambar photoshoot Nora yang dirakam di sana. Sehinggakan ada peminat yang menyamakan Nora persis Kajol.
Ini kami kongsikan beberapa gambar percutian Nora di Iceland:
Tags:
OMG