BUTTERWORTH – Pejabat Pusat Khidmat ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Taman Chai Leng, Perai dekat sini, dilontar bahan molotov cocktail, awal pagi Selasa.
Kejadian tersebut disedari oleh pengurus pejabatnya, R. Subramaniam, 60, yang mendakwa terdengar satu bunyi letupan sebelum dia memeriksa kawasan kaki lima premis dua tingkat itu, pada kira-kira pukul 3 pagi.
Menurut laporan media tempatan, katanya bahawa dia ternampak percikan api akibat bahan letupan dipercayai buatan sendiri itu di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat tokoh India cauvinis DAP negeri berkenaan.
Dia yang terus melakukan pemeriksaan lanjut kemudian mendapati pintu gelongsor di tingkat bawah premis itu telah mengalami kebakaran kecil sebelum api tersebut dapat dipadamkan hanya beberapa minit kemudian lapor Mynewshub.
“Saya kemudian segera menghubungi rakan saya pula untuk memaklumkan kejadian ini kerana bimbang sesuatu yang buruk pula mungkin boleh berlaku. Dia turut membuat laporan di Balai Polis Taman Chai Leng.
“Kejadian sebegini adalah yang pertama kali berlaku di pejabat YB ini sejak saya saya mula bekerja beberapa bulan lalu,” kata Subramaniam lagi. Difahamkan Ramasamy, 67; tiada di pejabat ketika insiden tersebut berlaku.
Sepasukan anggota unit forensik polis Pulau Pinang dilaporkan turut berada di lokasi berkenaan sejurus menerima laporan tersebut bagi melakukan siasatan dengan lebih lanjut di pejabat Timbalan Setiausaha Agung DAP itu.
Ramai melihat peristiwa tersebut ada kaitan dengan keceluparan Ramasamy yang kurang ajar menggelarkan Tokoh Maal Hijrah 2013, Dr. Zakir Naik sebagai ‘Satan’ menerusi kiriman Facebook milik beliau pada Isnin.
Ada juga mendakwa ia mungkin dilakukan pihak tertentu bagi mengalihkan perhatian susulan laporan polis atas kebiadapan Ramasamy menghina pendakwah itu dengan memanggilnya ‘Satan’.
Tags:
mazeer