CHONTEL Duncan, model yang menjadi popular kerana berjaya mengekalkan 'six-pack' walaupun ketika sedang mengandung sebelum ini, telah dikecam ramai selepas dia memuatnaik gambar selfie bersama bayinya yang berusia 13 hari.
Duncan yang menetap di Brisbane memegang telefon bimbit sambil mendukung bayinya, Miah, namun cara dia memegang bayi itu telah dibidas ramai.
Ini kerana Duncan tidak memegang kepala bayinya dengan betul hingga menimbulkan kebimbangan ramai lapor Mynewshub.
“Saya bimbang dengan cara awak memegang bayi itu.
“OMG…kesian bayi itu, peganglah anak kau dengan elok. Ia lebih penting dari selfie,’’ tulis pengguna media sosial.
Keadaan itu menyebabkan Duncan membalas semula kritikan berkenaan dengan memuatnaik gambar dari sudut yang sama, tetapi kali ini kepala bayinya diletakkan di dada.
“Saya tidak akan menerima cara anda yang cuba memperkecilkan saya dan cuba mengajar saya mengenai keselamatan atau mengajar saya sebagai seorang yang baru bergelar ibu.
“Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Miah mengangkat kepalanya ketika saya merakamkan gambar, sebelum dan selepas itu dia meletakkan kepada di dada saya,’’ jelas Duncan.
Bukan Duncan sahaja yang dikritik kerana tidak memegang bayi mereka dengan sempurna malah seorang wanita yang juga pakar kecergasan, Sophie Guidolin, turut menerima kecaman.
Orang ramai yang bimbang dengan cara Guidolin memegang kembarnya, Evie dan Aria telah membanjiri Facebook miliknya semata-mata untuk membidasnya.
Tags:
mazeer