"Saya tidak akan maafkan sampai akhirat.." - Luah Syanie
Pelakon Syanie Hisham yang kini menjadi tumpuan ekoran berita masalah rumahtangganya, kini Syanie terpaksa pula berhadapan dengan kata-kata dan komen negatif dari orang ramai.
Sampai ada yang menghina fizikal Syanie dan tak berubah sikap menjadi punca masalah rumahtangga.
Baca kisah Syanie DI SINI dan juga DI SINI.
Ini komen Syanie:
SEDIH DAN TAK AKAN MAAFKAN
“Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu duduk perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya?
“Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini. Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang dan berapa banyak hati yang telah mereka lukai selain saya, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya,”
“Saya tahu sebagai artis, diri sentiasa menjadi perhatian tetapi saya tidak pinta itu semua. Saya juga manusia, ada perasaan dan apabila membaca komen-komen yang tiada perasaan itu, memang saya terasa.
“Saya tidak akan maafkan orang yang tidak tahu hujung pangkal kisah saya, tiba-tiba beri komen seolah-olah mereka yang arif,” .
Syanie bukanlah jenis yang suka bercerita perihal peribadi kepada orang ramai, dan suka mengambil pendekatan berdiam diri.
Namun sayangnya, suaminya Nadi Putera telah memuat naik status ‘In an Open Relationship’ di laman sosial Facebook peribadinya pada 17 Mac lalu.
Merujuk kepada status itu, pihak media dapat mengesan kisah rumah tangga pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Mac 2014 sedang dalam masalah.
Biarpun sudah tersebar berita tentang pergolakan rumah tangganya, Syanie masih lagi bertahan dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dengan mengambil sikap untuk mendiamkan diri.
BUKAN DARI MULUT SAYA
“Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar. Itu yang buat saya tidak akan maafkan mereka.
Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat.
INGIN TENANGKAN DIRI
“Buat masa sekarang belum waktunya untuk saya bercerita kisah rumah tangga. Bagi saya ruang dan bila sampai masa nanti, saya akan buat kenyataan secara rasmi, mungkin menerusi Facebook. Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya ingin tenangkan diri dan meneruskan kehidupan tanpa bebanan,”
KURANG BERLAKON
“Walaupun saya kurang berlakon sekarang, tidak bermakna saya tiada punca pendapatan. Buat masa ini, saya terlibat dengan perniagaan makanan untuk membekal dan mengadakan kelas memasak jika ada yang menjemput,”
Sumber: Utusan
Tags:
BM