5 Pelajar ditahan pukul pelajar tingkatan 4

Lima pelajar sekolah menengah di sini ditahan semalam selepas didapati memukul seorang pelajar tingkatan empat dalam kejadian Jumaat lalu.

Lima pelajar ditahan polis kerana membuli

Lima pelajar ditahan polis kerana membuli

Ketua polis daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden itu bagaimana pun diketahui ibu mangsa selepas menerima Whatsapp daripada kenalannya berhubung video anaknya dipukul secara beramai-ramai semalam.

“Menerusi video yang berdurasi 1:01 minit ini dipercayai berpunca apabila mangsa dikatakan kerap ‘pau’ salah seorang pelajar (pelajar tingkatan satu) yang memukulnya.

“Akhirnya pelajar ini memaklumkan hal itu kepada rakan-rakannya yang lain sehingga berlakunya kejadian pukul dekat sini. Salah seorang pelajar itu telah merakam aksi pukul memukul itu yang mana mangsa dilihat tidak melawan,”katanya ketika mengesahkan laporan, hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua pelajar yang ditahan adalah satu sekolah dengan mangsa berumur antara 13 hingga 17 tahun.

“Masing-masing ditahan di rumah bagi melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Mangsa didapati mengalami lebam-lebam selepas insiden itu bagaimana pun tidak memaklumkannya kepada keluarga namun diketahui selepas ibunya mendapat rakaman video melalui Whatsapp,”katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post