Bayi 15 bulan diikat pada batu semasa ibu bekerja, kerana tak mahu dibiar berkeliaran
Seorang bayi berusia 15 bulan ditemui diikat pada batu di kawasan pembinaan, tempat ibunya bekerja dengan gaji RM16 sehari.
Bayi itu, Shivani, diikat dengan pita merah-putih oleh ibunya atas alasan untuk menghalangnya berkeliaran.
Ketika ditemui kelmarin, suhu di kawasan tempat bayi itu ditinggalkan mencecah 40 darjah Celsius.
Menurut ibunya, Sarta Kalara, 23, dia mengikat anaknya bagi menghalang Shivani merayap bagi membolehkan dia bekerja.
Kalara yang bekerja menggali lubang untuk kabel elektrik di satu kawasan pembinaan di Ahmedabad, barat India berkata: “Saya terpaksa mengikatnya untuk memastikan dia tidak merayap hingga ke jalan raya.
Sumber : Metro
Tags:
tbKOR