Warkah dari penjara Anwar Ibrahim

Warkah dari penjara Anwar Ibrahim

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, menjadi satu kesalahan membawa sesuatu barang masuk atau keluar dari penjara tanpa kebenaran Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, dalam kes “Warkah dari penjara”, Nur Jazlan berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri, telah diberikan pelbagai keistimewaan dan kelonggaran di penjara.

Warkah dari penjara Anwar Ibrahim

Warkah dari penjara Anwar Ibrahim

“Itu sebabnya dengan Anwar, Jabatan Penjara dah beri banyak keistimewaan kepada beliau dari segi lawatan, rawatan. Beliau bebas dalam penjara.

“Selalunya pesalah dalam penjara akan dihadkan pelbagai perkara tetapi untuk Anwar kita longgarkan,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita sama ada menjadi kesalahan Anwar yang juga seorang banduan mengeluarkan surat daripada penjara.

Surat itu antaranya meminta pemimpin PKR berwaspada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyertaan pemimpin pembangkang dalam Deklarasi Rakyat.

Selain itu, ditanya bagaimana surat tersebut dibenarkan untuk dibawa keluar, anggota parlimen Pulai itu berkata perkara itu di luar pengetahuannya.

“Saya pun tak tahu bagaimana surat itu boleh keluar.

“Biasanya pesalah tak dibenarkan didatangi pelawat atau berdasarkan jadual. Tapi Anwar diberikan pelbagai keistimewaan termasuk dilawati peguam. Mungkin melalui lawatan itu surat dapat diedarkan,” katanya.

Ditanya sama ada sebarang tindakan akan dikenakan, Nur Jazlan hanya berkata:

“Kita kena siasat untuk buktikan siapa (keluarkan surat itu). Perkara itu dah berlaku. Surat dah keluar. Sebab yang jumpa beliau ramai,” ujarnya.

Isnin lalu, Facebook Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menaikkan satu kenyataan mengenai ‘surat panjang lebar’ dari Anwar yang menyentuh penglibatan kepimpinan PKR Deklarasi Rakyat.

Malaysiakini turut menerima salinan surat lapan halaman bertulis tangan itu.

Surat Anwar Ibrahim itu antaranya menyentuh tentang kegusarannya dan penglibatan PKR dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar kini dipenjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah dalam kes liwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Februari tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

Previous Post Next Post