China dimalukan, tumpas pada korea dalam suku akhir Piala Thomas

Tuan rumah, China dimalukan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas kepada Korea Selatan 1-3 dalam aksi suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

China tanggung aib, Korea lawan Indonesia esok

China tanggung aib, Korea lawan Indonesia esok

Keruntuhan Tembok Besar China sudah mula dapat dihidu susulan kekalahan mengejut pemain nombor satu dunia, Chen Long kepada Son Wan Ho 12-21, 21-16, 15-21.

“Saya berasa gementar terutama di set ketiga selepas strategi permainan saya tidak menjadi. Semua yang saya lakukan berjaya dibaca Wan Ho dan itu membuatkan saya bertambah gementar apabila melakukan serangan sehingga melakukan kesilapan,” kata Chen Long.

Beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong menyumbang mata kedua Korea apabila menewaskan Fu Haifeng-Zhang Nan 23-25, 23-21, 21-12.

Bagaimanapun, juara dunia lima kali, Lin Dan berjaya merapatkan jurang apabila mengatasi Lee Dong Keun 21-10, 21-15 tetapi gandingan Korea, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang memastikan kemenangan milik pasukan itu apabila menundukkan Li Junhui-Zheng Siwei 21-15, 21-18.

Kemenangan itu menyaksikan Korea akan membuat perhitungan dengan Indonesia dalam aksi separuh akhir, esok selepas mengatasi Taiwan 3-1. Malaysia pula akan menentang Denmark untuk satu lagi perebutan sot ke final.

Dalam saingan Piala Uber, juara bertahan, China tidak berdepan masalah untuk mengatasi Taiwan 3-0 bagi mara ke separuh akhir dan akan bertemu India yang melangkah ke kelompok empat terbaik hasil kemenangan ke atas Thailand 3-1.

Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Jepun dengan Korea. Jepun mara selepas mengatasi Denmark 3-0 manakala Korea mengetepikan cabaran Indonesia 3-0.

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post