Di Pakistan, majlis agama cadang lelaki dibenarkan pukul isteri ‘dengan lembut’ timbulkan kemarahan awam

Majlis Agama Pakistan menimbulkan kemarahan awam selepas mencadangkan golongan suami dibenarkan memukul isteri dengan “ringan” sebagai cara untuk “mendisiplinkan” wanita.

Dalam draf rang undang-undang (RUU) perlindungan wanita yang dikeluarkan Khamis lalu, Majlis Ideologi Agama (CII) berkata, suami perlu dibenarkan memukul wanita untuk mengajar mereka.

Di Pakistan, majlis agama cadang lelaki dibenarkan pukul isteri ‘dengan lembut’ timbulkan kemarahan awam

Di Pakistan, majlis agama cadang lelaki dibenarkan pukul isteri ‘dengan lembut’ timbulkan kemarahan awam

“Suami perlu dibenarkan memukul isterinya dengan lembut jika mengingkari suruhan, enggan berhias seperti yang dikehendaki; menolak pelawaan seks tanpa alasan atau tidak mandi selepas melakukan persetubuhan atau datang haid,” kata akhbar tempatan, Express-Tribune memetik cadangan itu.

Ditubuhkan pada tahun 1962, CII merupakan badan perlembagaan yang berperanan menasihati parlimen tentang keserasian undang-undang dengan syariah.

Cadangan itu sebagai respons terhadap RUU Perlindungan Wanita Punjabi terhadap Keganasan 2015, yang mentafsirkan semula “keganasan” sebagai “mana-mana kesalahan yang dibuat terhadap wanita” dan menyediakan talian bebas untuk wanita—yang disifatkan CII sebagai “tidak berciri Islam”.

Draf 163 perkara RUU itu juga menghalang wanita daripada muncul di kaca televisyen atau iklan bercetak, selain tidak membenarkan jururawat wanita merawat pesakit lelaki.

Ia juga membenarkan suami melarang isterinya daripada melawat lelaki lain kecuali saudara sendiri.

Cadangan itu dikecam media dari Pakistan serta aktivis hak asasi wanita, yang menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal”.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan menganggarkan 70 peratus wanita negara itu menderita akibat keganasan rumahtangga.

Pengerusi CII Maulana Muhammad Khan Sherani bagaimanapun menegaskan RUU itu masih diperingkat draf.

“Islam tidak membenarkan keganasan terhadap wanita. Mungkin ada pertengkaran antara suami dan isteri tetapi ia berlainan dari menyiksa isteri,” katanya dipetik agensi berita AFP.

Indeks Ketidaksamaan Jantina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meletakkan Pakistan di tangga ke-147 berbanding 188 negara yang mempunyai rekod buruk tentang kesihatan, pendidikan, pemerkasaan politik dan status ekonomi wanita.

Sumber : Malay Mail

Post a Comment

Previous Post Next Post