Bila sudah tiba penghujung bulan Mei, kita sudah boleh lihat ramai yang sudah mula menjual buah durian, ada yang tawar buffet durian, makanlah sampai kenyang. Kami tahu ada yang tidak boleh menahan godaan bau durian dan isinya yang manis,lebih-lebih lagi kalau dapat Musang King ataupun Udang Merah, perghh meleleh.
Mungkin itu juga yang dirasakan oleh Dato’ Aliff Syukri, kerana teringin untuk makan durian, beliau sanggup duduk di tengah-tengah lantai di KLIA dan menikmati durian didalam lapangan terbang antarabangsa itu sebelum berangkat ke Auckland, New Zealand. Rare bukan? Hehe..
Malah Aliff sempat berkongsi foto beliau sedang menikmati durian di KLIA menerusi akaun Facebooknya.
Memberitahu beliau orang kampung dan beginilah cara kehidupan beliau, ada pihak nampaknya kurang bersetuju dengan kenyataan Aliff dan menganggap ia menjatuhkan maruah orang kampung.
Beberapa orang berpendapat Aliff tidak hirau dengan keadaan sekeliling dan bau durian tersebut yang mungkin menimbulkan rasa kurang senang orang lain.
Berikut antara komen netizen :-
Kami faham perasaan bila dah gian sangat hendak makan durian, tetapi mungkin Dato’ Aliff Syukri boleh sahaja makan di tempat lain dan bukan di tengah-tengah lapangan terbang seperti itu. Bukan niat kami ingin mengkritik, tetapi tiada juga orang kampung yang berbuat demikian dan kalau buat mungkin sudah kena halau dengan pengawal. Hormati juga orang lain yang mungkin tidak tahan dengan bau durian tersebut..
Sumber : Beautifulnara
Moga ramai lagi Jutawan melayu akan muncul insyaallah.
ReplyDelete