Gelagat Lucu Dua Beradik Baiki Pintu Peti Sejuk yang Tertanggal (Video)

AKSI bersahaja mencuit hati dua adik-beradik apabila menyebabkan pintu peti sejuk di rumah mereka tercabut menjadi viral menerusi internet.

Pasangan Aril dan Afiq berjaya ‘mencuri hati’ netizen tempatan dengan gelagat selamba mereka yang cuba memasang kembali pintu peti ais tersebut.

Selain itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang turut menyaksikan ‘pertengkaran manja’ antara si abang dan si adik.

Jelas kedengaran melalui video itu, ibu kanak-kanak itu memarahi mereka kerana telah menyebabkan kerosakan pada pintu peti sejuk itu lapor Mynewshub.

Gelagat Lucu Dua Beradik Baiki Pintu Peti Sejuk yang Tertanggal

“Hangpa (kamu berdua) pandai sangat, hangpa pi bubuh (buat rosak). Buka peti ais tak berhenti, minum ayaq (air) tak berhenti,” bebel si ibu.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai ‘bodoh’.

“Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang kepada adiknya sendiri.

"Dok Kata Peti Ais Yang Bodoh, Dia Yang Bodoh"

Rancangan sembang santai Meletop Kebaboom turut telah menjemput pasangan adik-beradik itu untuk muncul dalam salah satu episodnya dua hari lalu.

Malah pihak rancangan itu juga sudi memberi hadiah saguhati sebuah peti ais kepada mereka kerana sanggup datang jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Nampaknya tidak sia-sia si ibu merakam aksi comel anak-anaknya itu, hinggakan membawa tuah. Buat Aril dan Afiq, jangan pula dirosakkan lagi pintu peti ais tu, he he he!

Post a Comment

Previous Post Next Post