Hafidz Roshdi bawa isteri bulan madu tiga lokasi, jealous orang yang kutuk bini dia dulu!

Hafidz Roshdi bawa isteri bulan madu tiga lokasi, jealous orang yang kutuk bini dia dulu!

Pelakon Hafidz Roshdi akan membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berbulan madu ke tiga lokasi berbeza kerana masih belum sempat berbuat demikian selepas berkahwin pada 30 April lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Mumammad Hafidz Roshdi, 22, berkata, mereka akan bercuti ke sebuah lokasi di dalam negara pada minggu hadapan sebelum terbang ke Medan, Indonesia sebelum Ramadan dan seterusnya ke Tokyo, Jepun selepas Aidilfitri.

Hafidz Roshdi bawa isteri bulan madu tiga lokasi, jealous orang yang kutuk bini dia dulu!

Hafidz Roshdi bawa isteri bulan madu tiga lokasi, jealous orang yang kutuk bini dia dulu!

“Selepas berkahwin tidak sempat ke mana-mana kerana sibuk dengan penggambaran manakala isteri pula terikat dengan kuliah di universiti.

“Alhamdulillah minggu hadapan kami sama-sama lapang dan akan bercuti di dalam negara terlebih dahulu.

“Manakala percutian di Medan dan Tokyo kami mendapat tajaan,” katanya kepada mStar Online.

Hafidz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Maria Miracle di sini, Sabtu.

Pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy Itu sah bergelar suami pada 30 April lalu di kediaman keluarga Nurul Shuhada di Perlis.

Perkahwinan tersebut mengejutkan peminatnya sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat selain menghina wajah isteri pelakon itu.

Dalam pada itu, Hafidz berkata, dia dan isterinya enggan mengenang perkara tersebut kerana masih banyak perkara yang perlu diberikan perhatian.

“Ia sudah berlalu. Tiada faedah kami terus melayan kerana ia hanya membuang masa,” jelasnya.

Sementara itu, Hafidz mengakui sejak berkahwin rezekinya dalam bidang seni semakin murah dengan pelbagai tawaran lakonan termasuk menjadi duta produk.

Malah katanya, kehidupannya kini lebih teratur dengan kehadiran Nurul Shuhada yang menguruskan keperluannya.

“Dahulu saya selalu dengar tentang rezeki selepas kahwin dan kini saya merasainya sendiri.

“Alhamdulillah itu semua rezeki Allah bagi dan kehidupan sekarang pun lebih baik berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta Maria Miracle, Hafidz berkata, sebelum menerima pelawaan berkenaan dia terlebih dahulu mencuba produk berkenaan untuk melihat sejauh mana keberkesanannya.

Jelas Hafidz, selepas hanya dua minggu mencuba produk makanan tambahan untuk kecantikan itu dia mula melihat kesan positif yang ketara dan bersetuju mewakili produk tersebut.

“Sebelum ini ada beberapa produk lain tawar saya jadi duta tetapi dengan Maria Miracle saya terbuka hati kerana ia memberi kesan positif.

“Sebagai permulaan saya mengikat kontrak sebagai duta selama setahun,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan Equal Herbs Sdn Bhd, Maria Hasmin Marzuki berkata, pemilihan Hafidz bagi memberi kelainan memandangkan sebelum ini kebanyakan duta produk terdiri daripada selebriti wanita.

Jelasnya, sikap pelakon itu yang sentiasa menjaga solat dilihat mampu menjadikannya sebagai ikon yang baik kepada anak muda.

“Membawa sedikit kelainan Maria Miracle memberi tanggungjawab kepada Hafidz untuk mewakili duta produk kami kerana wanita sudah biasa kita dengar dilantik sebagai duta produk.

“Tanggungjawabnya pada agama bukan sahaja dapat menjadi role model yang baik kepada anak muda tetapi dia juga akan menggalas amanah diberikan dengan baik,” katanya.

Tambahnya, menerusi pelantikan Hafidz Roshdi, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak RM3 juta dalam tempoh tiga bulan menerusi rangka promosi yang bakal diadakan.

Sumber : Mstar

1 Comments

  1. Nak jadi agent/dropship or nak order Maria Miracle - boleh contact kami Stokis Shah Alam - Rina 012 3383081 / IG/FB - Maria Miracle Shah Alam..Jom jadi WOW dgn Maria Miracle..Keberkesanannya sudah terbukti..:-)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post