Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, yang sudah bercinta selama tiga tahun dengan kekasih hatinya, Genervie Kam (Gen), memberitahu bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya selepas hari raya nanti.
Menyedari usia yang sudah mencecah 32 tahun, Hazama turut berkata, mereka akan terus melangsungkan majlis pernikahan tanpa perlu mengikat tali pertunangan ataupun merisik.
Baca: Hazama Hazama Tak Paksa Kekasih Peluk Islam Untuk Kahwin
Hazama juga akan mengadakan majlis pernikahan dalam suasan serba ringkas dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Menurut pelantun lagu Di Amaran Mama ini, tujuan mengadakan resepsi serba ringkas ini kerana mahu melakukan perkara yang wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan untuk membeli aset.
#sumber Berita Harian
Tags:
MEDIAHIBURAN