Ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang di pergunungan sengaja meninggalkan anak mereka sebagai hukuman dan dia sebenarnya tidak hilang seperti yang didakwa mereka sebelum ini, kata polis.
Menurut jurucakap polis, lebih 150 pasukan penyelamat dan polis mencari Yamato Tanooka selepas dilaporkan hilang di kawasan pergunungan utara kepulauan Hokkaido.
Kedua ibu-bapanya kanak-kanak itu memberitahu polis, Yamato hilang ketika mereka berjalan di kawasan pergunungan berkenaan yang merupakan habitat beruang ketika mencari sayuran hutan.
Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian mengaku mereka sebenarnya berbohong.
“Ibu-bapa mangsa meninggalkannya di kawasan hutan sebagai hukuman.
“Mereka kembali semula ke kawasan berkenaan namun mendapati kanak-kanak itu tidak berada di situ lagi,” kata jurucakap.
Bapa kanak-kanak itu memberitahu wartawan TV Asahi, mereka takut mengakui perkara sebenar.
Sementara itu memetik The Telegraph, bapa kanak-kanak itu meninggalkan anak mereka sebagai hukuman kerana melemparkan batu ke kereta.
Mereka hanya meninggalkan Yamato sejauh 500 meter selama lima minit namun apabila kembali kanak-kanak itu tidak berada di lokasi tersebut.
Sumber : Sinar