Isteri tua buat laporan polis palsu disamun tapi sebenarnya dia yang curi RM80,000 duit suami kerana geram dimadukan

Akibat tidak puas hati suami berkahwin lagi, seorang isteri melarikan RM80,000 milik suaminya dengan pura-pura membuat laporan polis memberitahu wang itu disamun, dalam satu kejadian di Mahsan, di sini, kelmarin.

Geram dimadu, isteri tua curi RM80,000 duit suami

Geram dimadu, isteri tua curi RM80,000 duit suami

Kosmo melaporkan wanita itu dipercayai kecewa apabila mengetahui suaminya yang juga seorang warga Pakistan peniaga perabot berkahwin lagi satu.

Difahamkan wanita itu mahu menghantar wang berkenaan kepada keluarganya di Sabah.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor dipetik sebagai berkata suri rumah berusia 47 tahun itu datang ke Balai Polis Bandar Seri Jempol pada 5.30 pagi kelmarin dan membuat laporan kononnya dia menjadi mangsa samun di rumahnya.

“Dia mendakwa dua lelaki bertopeng datang ke rumahnya lebih kurang 4 pagi semalam sebelum mengikatnya.

“Dalam laporan tersebut wanita terbabit mendakwa wang perniagaan suaminya turut dilarikan penjenayah,” katanya.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan polis mula mencurigai kenyataan wanita terbabit.

“Selepas didesak dia mengaku menyembunyikan wang tersebut dan bercadang untuk menghantar wang ke kampungnya di Sabah,” katanya.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Post a Comment

Previous Post Next Post