Izreen Azminda teringin dibelai suami

Selepas rumah tangga yang dibina berakhir dua tahun lalu, dramatis popular Izreen Azminda, 31, pernah beberapa kali terpalit dengan gosip cinta lokasi.

Berjaya membuktikan perkara itu sekadar desas-desus yang diperbesarkan segelintir pihak, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam sudah lali dan tidak pernah terasa hati.

Teringin dibelai suami

Teringin dibelai suami

Bagaimanapun, jauh di relung hati pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan ini mahu segera berkahwin jika dipertemukan dengan ‘Mr Right’.

“Saya pun manusia biasa. Siapa yang tidak mahu berkahwin? Luaran saya nampak gembira tetapi ada ketikanya saya kesunyian. Saya teringin juga dibelai dan dimanja insan bergelar suami.

“Sekiranya selepas ini dipertemukan dengan lelaki yang benar-benar sesuai dan mampu memberi kebahagiaan, saya mahu terus berkahwin. Apatah lagi usia saya kian meningkat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post