Pelajar tingkatan 2 mati lemas ketika cuba seberang longkang

Pelajar tingkatan 2 mati lemas ketika cuba seberang longkang

 

Seorang pelajar tingkatan dua ditemukan lemas setelah tergelincir ketika cuba menyeberang longkang untuk pulang ke rumahnya di Taman Setia Indah di sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh memberitahu dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Rashid Mohamad Mokhtar, 14, baharu sahaja tamat sesi persekolahan petang bersama abang kembarnya, Mohamad Abdul Amin serta seorang lagi rakan sekolah mereka.

Pelajar tingkatan 2 mati lemas ketika cuba seberang longkang

Pelajar tingkatan 2 mati lemas ketika cuba seberang longkang

“Ketika mangsa yang pertama cuba menyeberang longkang tersebut secara tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam longkang sedalam 0.3 meter, menyebabkannya dihanyut arus deras.

Keadaan cuaca pada ketika itu pula baru sahaja selepas hujan lebat, mengakibatkan air dalam longkang menghampiri kedalaman longkang,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Sulaiman berkata mayat mangsa kemudian ditemui orang awam dalam keadaan terapung di dalam sebuah kolam takungan air, kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Mokhtar Mohamad Kepol, 44, yang ditemui di rumah mayat HSI berkata keluarganya bagai tidak putus ditimpa malang sesudah kematian anak sulungnya pada tahun 2002 dan kini Mohamad Amirul Rashid, anak keempatnya.

“Sukar diungkapkan dengan kata kerana kami pernah kehilangan anak sulung Mohamad Fitri Aziz akibat dilanggar sebuah motosikal, juga ketika dia pulang dari sekolah pada 2002,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata dia dimaklumkan kejadian itu oleh anak perempuannya kira-kira 8.30 malam ketika sedang bertugas di Johan Cruyff Futsal Court Iskandar, Kampung Melayu di sini.

“Saya seorang pengawal keselamatan dan hanya balik ke rumah seminggu sekali.

Namun, kami tetap rapat dan dia anak yang baik walaupun pendiam,” katanya.

Mayat jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Istimewa di sini selepas waktu zohor. – BERNAMA

Sumber : Mynewshub

Post a Comment

Previous Post Next Post