Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar tiada pihak cuba merosakkan hubungan baik yang telah terjalin antara Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Baginda bertitah, pasukan ATSNJ tidak berniat untuk menjadi barisan hadapan pertahanan negara.
“Ini kerana nama Timbalan juga sudah jelas menggambarkan peranannya sebagai benteng pertahanan kedua.
“Oleh yang demikian, janganlah ada pihak-pihak yang cuba merosakkan hubungan baik yang telah terjalin antara ATSNJ dan ATM,” titahnya semasa berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-panji ATSNJ di Dataran Istana Besar, Jalan Ayer Molek, di sini, hari ini.
Sumber: Sinar Harian
Tags:
tbKOR