“Jangan tangkap orang hina saya, sebaliknya bawa mereka berhadapan dengan saya” – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.

"Jangan tangkap orang hina saya, sebaliknya bawa mereka berhadapan dengan saya" - TMJ

“Jangan tangkap orang hina saya, sebaliknya bawa mereka berhadapan dengan saya” – TMJ

 

“Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Twitter.

Sumber : Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post