Kenyataan Terbaru Nora Danish Tentang Rancangan Majlis Perkahwinannya
Nora Danish akhirnya sah bakal berkahwin pada tahun ini. Pelakon jelita ini bagaimanapun belum dapat mengesahkan tarikh hari bahagianya itu.
Namun katanya, dia dan Nedim telah menyasarkan mengadakan majlis pernikahan mungkin diadakan selepas Aidilfitri tahun ini.
Ini komennya:
“Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya.
“Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,”
“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu,”
Nora Danis kini sibuk menguruskan perniagaan tudung dan juga kedai makan miliknya iaitu tudung OwlbyND dan juga Kedai Kopi XOXO.
Tags:
BM