Kisah Sebenar Disebalik Kain Rentang Ini Yang Amat Sayu
Ini merupakan kisah sebenar yang berlaku di Tangkaak, Johor. Sebuah keluarga terpaksa menggantungkan kain rentang bagi memaklumkan pembatalan majlis perkahwinan hari ini.
Ini ekoran kematian pasangannya selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di Singapura, Jumaat minggu lalu.
Bapa saudara arwah memberitahu walaupun sedih melihat kejadian itu di Facebook, mereka faham kesedihan keluarga berkenaan kerana mereka sendiri masih bersedih.
Ini komennya:
"Arwah Noor Helmee Roslan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Singapura ketika dalam perjalanan ke republik itu pada jam 3 pagi, Jumaat minggu lalu.
"Akibat kemalangan itu, majlis persandingan yang dijadualkan hari ini terpaksa dibatalkan dan kami faham keluarga pihak perempuan menggantung kain rentang untuk memberitahu tetamu yang mungkin tidak tahu kejadian sebenar.
"Malah, kami terpaksa mengubah majlis menyambut menantu pada 21 Mei ini kerana majlis itu sepatutnya membabitkan arwah serta adiknya yang sepatutnya bersanding bersama pasangan masing-masing,"
Sementara itu kisah sedih berkenaan diviralkan menerusi laman sosial Facebook (FB) yang memuatkan gambar kain rentang di pasang keluarga pengantin perempuan selepas terpaksa membatalkan majlis perkahwinan hari ini akibat kematian pasangannya.
Kini ramai yang bersimpati dengan nasib bakal pengantin itu namun ianya semua takdir dari illahi. Ajal dan maut di tangan Tuhan.
Mari sedekah Al Fatihah dan doakan buat Allahyarham Helmee.
Tags:
BM