Seorang lelaki yang menikam mati lima mangsa di sebuah majlis memberitahu polis dia melakukan demikian kerana menyangka mereka ialah zombi, puntianak dan serigala jadian.

Bunuh kerana sangka zombi, puntianak

Bunuh kerana sangka zombi, puntianak

Matthew de Grood mengaku menikam dan mengaku tidak bersalah membunuh Lawrence Hong, 27, Joshua Hunter, 23, Kaitlin Perras, 23, Zackariah Rathwell, 21, dan Jordan Segura, 22.

Polis sampai ke lokasi kejadian empat minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Pegawai menemui Hunter di atas rumput tetapi masih hidup namun mengalami kecederaan serius.

Rathwell dan Segura ditemui telah meninggal dunia terbaring di atas lantai berhampiran satu sama lain di sebuah rumah di Calgary, Kanada.

Sementara itu, seorang rakan cuba membantu menyelamatkan Hong dan Perras tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital beberapa minit selepas Hunter.

Polis yang memburu de Grood berkata, mereka menjumpai bawang putih di dalam stoking lelaki itu.

“De Grood berkata dia menggunakan bawang putih untuk menghalau zombi dan mengaku mencuba membunuh zombi, pontianak dan serigala jadian,” kata polis dipetik Metro.uk

Perbicaraan akan disambung semula hari ini, dengan bukti psikiatri daripada dua pakar psikiatri dan psikologi untuk memberi keterangan.