Seorang remaja lelaki yang hidup tersisih di sebuah kampung kerana keadaan kepalanya yang tergantung akibat kelemahan otot leher akhirnya berjaya dibedah.
Menurut laporan Dailymail, Mahendra Ahirwar, 13 menghidap congenital myopathy yang menyebabkan otot di sekeliling lehernya lemah dan menyebabkan kepalanya tergantung 180 darjah.
Namun, berkat belas ehsan seorang wanita dari Britain, Mahendra berjaya menjalani pembedahan dengan bantuan orang awam.
Julie Jones yang berasal dari Liverpool berjaya mengumpul dana awam melalui laman sosial sebanyak GBP12,000 (RM71,243.05) untuk pembedahan Mahendra.
Mahendra berjaya dibedah di Hospital Apollo di New Delhi oleh Dr Rajagopalan Krishnan.
“Kali pertama saya berjumpa Mahendra, saya terkejut kerana dia dibiarkan dalam keadaan sedemikian selama 12 tahun tanpa apa-apa rawatan,” kata Dr Rajagopalan.
Kata Dr Rajagopalan, leher Mahendra menjadi lurus malah suara remaja tersebut menjadi normal.
“Sebelum ini, saya pasti saya boleh membantunya tanpa memberikan risiko besar.
“Mungkin akan ada keperluan untuk pembedahan kecil pada masa hadapan tapi saya rasa itu lebih bagus dari membiarkan kepalanya tergantung,” kata Dr Rajagopalan lagi.
Sumber: Sinar Harian