Mia Ahmad Sedang Rapat Dengan Izham Tarmizi


Mia Ahmad Sedang Rapat Dengan Izham Tarmizi


Pelakon Mia Ahmad telah tampil memberi komen tentang gosip bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi.

Jelasnya, hubungan dengan Izham Tarmizi lebih kepada kawan dan masih terlalu awal untuk mengakui yang dia kini dalam hubungan dengan sesiapa. Pendek kata dia menafikan tengah bercinta tapi berkawan sahaja.


Mia memberitahu jika benar ada cinta yang terbit antara dia dan penjaga gol tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk berkongsi kisah berkenaan.

Ini komennya:


“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam satu hubungan.

“Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi, tetapi apa yang boleh saya beritahu kami hanya berkawan,” 

“Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing- masing tidak ada masa sebab sibuk.

“Mungkin status dia sebagai pemain bola sepak membuatkan orang cepat tertarik dengan kisah ini, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa pun, jika benar saya akan kongsi,” 

kalau jadi bercinta apa salahnya, memang secocok pun


Post a Comment

Previous Post Next Post