Dianggarkan sepuluh juta orang maut setiap tahun menjelang 2050 akibat masalah bakteria kebal dari antibiotik yang dikenali sebagai ‘Superbug‘.
Laporan yang dikeluarkan semalam memberi amaran Superbug akan menjadi pembunuh utama dunia kecuali satu dunia bersatu untuk berusaha menanangi masalah ini.
Menerusi laporan hasil kajian selama dua tahun oleh bekas ahli ekonomi Goldman Sachs, Jim O’Neil, jika masalah Superbug ini dibiarkan, 10 juta akan maut setiap tahun menjelang 2050 dan akan menambah kos US$100 trillion kepada kerajaan setiap tahun.
“Superbug perlu dilihat sebagai satu ancaman kepada keselamatan dan ekonomi. Semua ketua-ketua negara perlu sedar ini satu ancaman besar,” tulis Jim O’Neill, seorang ahli ekonomi yang mengetuai kajian tersebut.
Antara langkah yang perlu diambil adalah doktor perlu membuat pengesahan bahawa antibiotik diperlukan sebelum diberikan kepada pesakit, menggalakkan penggunaan vaksin sebagai alternatif kepada antibiotik dan mengurangkan penggunaan antibiotik kepada haiwan.
Penggunaan antibiotik yang banyak dalam industri ternakan, terutamanya di negara membangun, merupakan satu punca yang mempercepatkan proses kekebalan bakteria ini.
Dalam masa yang sama, pengkaji perlu dipupuk untuk membuat antibiotik baru menerusi tabung global untuk kajian dan ganjaran kepada siapa yang berupaya membuat ubatan baru.
Kos yang dianggarkan dijangkan menelan US$40 billion dalam tempoh 10 tahun – jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos jika masalah itu tidak dibendung.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran peningkatan antimikrob mungkin menyebabkan manusia kembali ke era praantibiotik apabila berjuta-juta manusia mati dalam pandemik sebelum ubat ditemui boleh merawat mereka.
Sumber: Siakapkeli