Pakai Gaun Ketat, Nana Dianggap Tempah Diri ke Neraka

Gaya dan penampilan pengacara popular, Nana Mahazan pada malam kemuncaK Anugerah Bintang Popular ke-29 (ABPBH29) yang berlangsung pada Ahad lalu mendapat kritikan pedas segelintir pihak sekaligus mengundang kontroversi.
Pada malam tersebut, Nana yang memakai gaun labuh rekaan pereka Nizam Zamil turut memuat naik di laman sosial Instagram sekeping gambarnya menunjukkan dia bergaya dengan busana berkenaan.
Nana bergandingan bersama pengacara, Hefny Sahad diberi tanggungjawan untuk mengacara majlis karpet merah pada acara yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu
Bagaimanapun penampilan yang dikongsi dilaman sosial itu mengundang komen-komen negatif daripada segelintir pengikutnya kerana gaun tersebut kelihatan ketat hingga jelas menampakkan susuk tubuhnya terutama di bahagian dada.
Ada yang mendakwa penampilan ibu anak dua ini seolah-olah sengaja menempah diri ke neraka. Namun ramai juga yang memuji kecantikan kelangsingan badan Nana.
.
FOLLOW The Trending Now @ TWITTER @malaysiaviral


Post a Comment

Previous Post Next Post