Mengulas lanjut, Naib Presiden PKR itu berkata, tuduhan terhadap kepimpinan parti tidak perlu dipandang enteng bagi menjaga nama baik parti kerana khuatir akan mendedahkan perjuangan kepada anasir yang merosakkan.

“Saya rela terlebih berhati-hati kerana sebagai parti reformasi, PKR mestilah telus dan bersih. Tidak mencukupi bagi pimpinan dan anggota kita tidak terlibat di dalam penyelewengan, kepekaan kita kepada persepsi rakyat mengenai bersihnya kita mestilah mengatasi semua parti lain di negara ini,” katanya